Sunday , November 19 2017

Undang-Undang Kita Terlalu Lembut Melayan Penderhaka Istana

Dewasa ini, semakin negara mengecapi kemajuan, semakin tumbuh subur mereka yang melihat institusi istana sebagai satu bebanan. Ada yang menganggap, institusi istana sudah tidak relevan dengan kemajuan dunia sekarang malah ada yang lebih berani mempertikaikan, apa yang mampu dilakukan oleh pihak istana terhadap negara.

Nampak mengerikan? Namun inilah hakikat sebenar yang berlaku terhadap segelintir pihak yang menganggap kewujudan sebuah negara Republik adalah penyelesaian dalam banyak perkara. Mereka yang kebanyakannya mendokong hak sama rata rakyat yang menjadi idealogi pembangkang terutamanya DAP, dilihat ada yang bertindak berani mencerca institusi istana samada secara berselindung atau secara terang-terangan.

download-5

Harus diingat, Duli-Duli Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu yang ada pada hari ini bukan hanya sekadar simbol atau pelengkap sesuatu acara. Peranan Istana terhadap rakyat dan kerajaan masih ditahap yang sama seperti dahulu, cuma disebabkan tindakan tidak rasional bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, hak dan kuasa eksekutif DiRaja berjaya dikurangkan menerusi tipu helahnya.

Jika dilihat penangkapan yang dilakukan oleh pihak PDRM terhadap seorang individu yang menghina Yang DiPertuan Agong, Sultan Johor dan Sultan Perak, semuanya bertitik tolak dari tindakan biadab seorang penderhaka, Ali Abdul Jalil yang secara terang-terangan menghina dan mengaibkan Kebawah Duli Tuanku.

Walaupun negara mempunyai undang-undangnya yang tersendiri dalam melindungi imej dan hak Raja-Raja serta Sultan-Sultan, namun, ianya dilihat agak lembut berbanding negara jiran Malaysia, Thailand. Di Thailand, sesiapa sahaja yang berani menyiarkan apa jua artikel mahupun didapati menghina Rajanya, mereka akan berhadapan dengan hukuman yang cukup berat.

Ini bukan sahaja melibatkan rakyatnya sendiri, malah turut melibatkan rakyat negara asing. Bukankah lebih baik kita mengikut jejak langkah Thailand dalam melindungi institusi istananya sehingga tiada seorangpun berani mencela Raja Thailand?

images-8

Harus diingat, peranan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu di negara ini adalah mencakupi urus tadbir agama Islam, kemasyalatan rakyat, urus tadbir negeri dan banyak lagi. Pihak Istana juga tidak terikat atau tunduk kepada mana-mana urusan melibatkan parti politik kerana pihak Istana jauh diatas sebarang unsur politik di negara ini.

Jika melihat kepada standard DiRaja ini, bukankah lebih molek hak DiRaja juga patut dikaji semula keberkesanannya? Mereka bukan maskot atau simbol yang boleh diperolok-olokkan sesuka hati oleh mereka yang menyanjung idealogi Republik. Masih ramai orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini menyanjung kedaulatan DiRaja.

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *