Saturday , December 16 2017
Donald Trump dan Xi Jinping.

TRUMP SETUJU HORMATI DASAR ‘SATU CHINA’

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju untuk menghormati dasar ‘Satu China’ melalui perbualan telefon dengan Presiden China, Xi Jinping, menurut Rumah Putih’.

Dasar ‘Satu China’ ialah pengakuan diplomatik bahawa terdapat hanya satu kerajaan China sahaja. Satu kenyataan dikeluarkan oleh Rumah Putih memberi gambaran suasana perbualan ‘amat mesra’ dan berkata dua pemimpin terbabit menjemput antara satu sama lain bagi menghadiri lawatan.

Panggilan telefon itu disusuli surat dihantar oleh Trump kepada Jinping, kelmarin.

Ia adalah usaha pertama secara terus presiden itu kepada pemimpin China berkenaan. Trump meletakkan dasar sekian lama dalam satu situasi membimbangkan ketika beliau bercakap dengan presiden Taiwan pada Disember lalu.

Pemimpin AS sebelum ini, mengikuti jejak China untuk tidak mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah negara merdeka.

Di bawah dasar ‘Satu China’, AS mengiktiraf dan mempunyai hubungan rasmi dengan China berbanding kepulauan Taiwan yang mana China melihat ia sebagai sebuah wilayah terpisah untuk disatukan dengan tanah besar pada satu hari nanti. – BBC News

Check Also

BERATUS PAUS TERDAMPAR DI PANTAI NEW ZEALAND

WELLINGTON: Lebih 400 ekor ikan paus terdampar di pantai New Zealand hari ini, dengan ratusan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *