Saturday , December 16 2017

Tan Sri S. M Salim Meninggal Dunia

download-15

Setelah sekian lama berada dalam keadaan sakit, Biduan Negara, Tan Sri S. M Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.44 petang tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua di rumah anaknya yang terletak di Sering Ukay, Ulu Klang, Ampang.

Memetik laporan dari Utusan Online dan Bernama Radio sebentar tadi Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi ahli keluarganya. Menurut anak kedua daripada tujuh adik beradik, Sheikh Shamsul, 52, mereka sudah bersedia untuk menerima kehilangan ayahnya itu.

“Kami adik beradik memang redha dengan pemergiannya apatah lagi sudah lima tahun dia terlantar selama ini. Penderitaan yang dihadapi oleh ayah memang sakit untuk kami lihat dan sebab itu kami redha dengan pemergiannya,” katanya.

Tambahnya lagi, S. M Salim sebelum meninggal dunia berada dalam keadaan tidak stabil dan ada kalanya terpaksa bergantung pada bantuan pernafasan. Doktor juga telah memberi tahu lebih awal lagi bahawa Allayarham sudah tidak mempunyai kekuatan untuk kembali pulih seperti sebelum ini.

Allahyarham meninggalkan isterinya, Puan Sri Aishah Abdul Ghani dan tujuh orang anak. Anak pertamanya Siti Nuraishah, 60; Sheikh Samsuddin, 68; Siti Nur Huda, 56; Siti Maheran, 54; Siti Huzayah, 53; Sheikh Shamsul, 51 dan Siti Zubaidah, 35.

Sekalung ucapan takziah ditujukan keatas kaum keluarga Allahyarham. Al Fatihah

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *