Tuesday , October 17 2017

Takkan Lah Daftar Meniaga Tapi Berniaga Sentiasa Rugi?

Sejak beberapa hari lepas, ramai yang mempertikaikan kenapa mereka gagal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mula diagihkan sejak 22 Februari lepas. Banyaklah komen-komen berbaur penghinaan dan kemarahan dilepaskan kepada kerajaan.

Namun menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), antara faktor utama kegagalan lebih 3 juta pemohon untuk mendapatkan BR1M adalah berpunca daripada pemilikan perniagaan sendiri yang telah berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Daripada lebih 3 juta pemohon yang gagal, dianggarkan lebih 1.1 juta pemohon mempunyai satu atau lebih syarikat yang telah didaftarkan dengan SSM. Difahamkan, atas sebab inilah, permohonan mereka ditolak oleh pihak LHDN.

Namun bukan beerti pintu telah tertutup sebaliknya mereka masih boleh mengemukakan rayuan di pejabat LHDN di seluruh negara bermula bulan hadapan. Pemohon hanya perlu membawa penyata kewangan syarikat yang menunjukkan mereka layak untuk menerima skim bantuan berkenaan.

Apa yang menjadi persoalannya, adakah mungkin 1.1 juta peniaga yang berdaftar dengan SSM ini, langsung tidak mendapat sebarang keuntungan daripada perniagaan mereka?

Jika disemak semula, semasa pengumuman Bajet 2017 pada Oktober tahun lalu, Datuk Seri Mohd Najib mengumumkan, BR1M akan diberikan kepada golongan sasar yang berada pada kategori B40 yang berpendapatan seisi keluarga kurang daripada RM4,000 sebulan.

Melihat akan perkara ini, timbul persoalan, adakah seramai 1.1 juta orang peniaga ini, langsung tidak menjana apa-apa keuntungan hasil daripada perniagaan mereka? Adakah mereka lebih berminat mendaftarkan perniagaan tanpa menjalankan apa-apa perniagaan?

Secara logiknya, tidak ada mana-mana peniaga di dunia ini mahu menanggung kerugian atas hasil jualan mereka. Sebagai contoh, andai sehari mereka memperolehi RM200 keuntungan, secara kasarnya, mereka akan memperolehi RM6,000 sebulan dan ia sudah jauh melebihi kadar maksimum penerima BR1M yang ditetapkan oleh kerajaan.

Maka disinilah letaknya logik kenapa pihak LHDN menetapkan mereka yang mempunyai lesen perniagaan SSM, tidak diluluskan permohonan mereka. Namun begitu, usah bimbang, ruang rayuan masih ada. Buatlah rayuan kepada pihak yang sepatutnya.

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *