Saturday , December 16 2017
KAYU pencanai yang dikeluarkan dari usus seorang wanita yang didera suaminya.

SUAMI DARI NERAKA

UTTARAKHAND (India): Seorang wanita hampir maut apabila suaminya bertindak kejam dengan memasukkan kayu pencanai ke dalam dubur wanita itu kerana didakwa mandul.

Wanita berusia 38 tahun itu dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Kerajaan Dr Sushila Tiwari di Haldwani, Uttarakhand, utara India selepas mengadu sakit perut teruk.

Pasangan suami isteri yang berasal dari Nepal itu datang ke hospital bersama-sama selepas mangsa sakit perut selama beberapa hari.

Doktor pada mulanya menjalankan ujian X-ray tetapi mendapati tiada sebarang kesan kecederaan di dalam perut wanita berkenaan.

Akhirnya sepasukan lima doktor melakukan pembedahan dan terkejut apabila menemui kayu pencanai sepanjang 40 sentimeter di dalam usus wanita itu.

Check Also

TRUMP SETUJU HORMATI DASAR ‘SATU CHINA’

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju untuk menghormati dasar ‘Satu China’ melalui perbualan telefon ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *