Rafizi Akan Guna Segala Fitnah Untuk Burukkan Agensi Berkaitan Melayu

Dalam politik Malaysia hari ini, apa sahaja yang tidak terlepas daripada umpat fitnah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Boleh dikatakan, semua agensi melibatkan kerajaan, pasti akan difitnah Rafizi hanya semata-mata untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

Terbaharu, Rafizi menjaja cerita tentang Felda pula. Satu persatu fitnah di cipta olehnya dengan harapan ianya mampu menjadi sensasi seperti mana yang beliau lakukan terhadap 1MDB, Tabung Haji, KWSP dan paling besar sekali, NFC. Fitnah beliau tidak terhenti setakat agensi kerajaan semata-mata. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur juga tidak terlepas daripada fitnahnya.

download-12

Adalah sesuatu yang cukup dikesali apabila Felda yang telah banyak menabur jasa untuk orang Melayu di negara ini, kini menjadi sasaran Rafizi. Pelbagai andaian dan fitnah ditaburkan Rafizi hanya semata-mata untuk mengalihkan tumpuan penduduk Felda daripada menyokong kerajaan.

Umum mengetahui bahawa majoriti penduduk Felda di seluruh negara ini didiami oleh kaum Melayu dan Bumiputera. Agak menarik untuk disaksikan, Rafizi hanya menumpukan serangannya terhadap entiti yang majoritinya menjadi tumpuan kaum Melayu dan bumiputera sahaja. Entiti dari kaum lain seperti Cina dan India, langsung tidak diusik.

Ini menguatkan lagi andaian bahawa Rafizi sememangnya di upah untuk merosakkan sesuatu entiti dari kaum Melayu sahaja tanpa memperdulikan apa jua impak hasil daripada perbuatan kejinya. Mungkin bagi Rafizi, apa jua yang ada hubungkait dengan kaum Melayu dan Bumiputera, harus di kacau supaya arah sokongan ahli entiti ini beralih kepada pembangkang dan seterusnya memberi imej buruk kepada kerajaan.

Tindak tanduk Rafizi ini yang amat gemar menjaja cerita fitnah tanpa disokong walau 1 pun bukti sahih, kini sudah boleh dibaca. Jika dahulu, ramai pihak akan terpengaruh dengan dakyah fitnah Rafizi, kini mereka sudah boleh menilai, sejauh mana benarnya kata-kata Rafizi ini.

images-12

Mudah untuk kita fahami, andai Rafizi mempunyai dokumen yang beliau rasakan sahih, kenapa perkara itu tidak diajukan kepada pihak berkuasa? Kenapa beliau sanggup menjaja cerita karutnya di jalanan dan tidak bertindak mengikut lunas undang-undang? Paling utama, kenapa beliau asyik tewas dalam perbicaraan melibatkan tuduhan fitnahnya jika benar beliau mempunyai dokumen yang sahih?

Ini menunjukkan bahawa apa yang didakwa oleh Rafizi itu adalah fitnah semata-mata. Hari ini, sokongan yang diterima Rafizi menerusi fitnah yang dijajanya, semakin hari semakin kurang mendapat sambutan dikalangan rakyat. Malah ada yang sudah melabelkan, setiap kali Rafizi membuka mulut, pasti ada sahaja hebahan fitnah yang bakal dijajanya. Inilah Rafizi, seorang “Raja Fitnah” Malaysia yang langsung tidak mengenal erti dosa dan pahala!

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *