Saturday , December 16 2017

PERKASA MELINDUNGI DAP ANTI TULISAN JAWI, MEMFITNAH KERAJAAN PULA MELALUI ECRL

KUALA LUMPUR: Persoalan timbul dari kalangan nitizen buat PERKASA apabila mereka tidak mengendahkan tindakan Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008? Sedangkan ramai orang tahu bahawa aktiviti PERKASA hari ini lebih banyak kepada mengampu Mahathir (#TopDog) DAP berbanding memperjuangkan Bangsa Melayu dan Islam.

Mengapa mereka sanggup memfitnah Najib Razak juga kerajaan Malaysia dengan menyatakan Malaysia telah dijajah oleh China kerana tiada bendera Malaysia juga tidak penggunaan Bahasa Melayu sewaktu pelancaran ECRL kelmarin. Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Apakah mereka sudah ketandusan idea atau pun peluru untuk menyerang Najib Razak dan Barisan Nasional?

Apakah mereka tidak sedar sebenarnya mereka sendiri menafikan juga melindungi bahawa DAP sebenarnya yang anti tulisan Bahasa Malaysia juga anti tulisan Bahasa Jawi sebagaimana yang dizahirkan oleh Teresa Kok dan sekutunya selama ini?

Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh.

 

Mengapa mereka tidak suka sangat pada tulisan jawi? Apakah Tulisan Jawi merupakan sesuatu yang dianggap rasis oleh mereka, sedangkan mereka juga masih menggunakan Bahasa China di sana-sini?

Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh.

Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang.

Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008. Mengapa benci benar DAP pada tulisan jawi? Soal bahasa ini sudah termaktub dalam perlembagaan, jadi mengapa DAP cuba laksanakan perkara ini di Pulau Pinang?

Teresa Kok bersama dengan tiga orang lagi ahli parlimen DAP menunjukkan cadangan nama jalan dalam Bahasa Malaysia, Cina dan India dan diserahkan kepada En Shaari (PA kepada Datuk Bandar KL).

Sedikit demi sedikit, mereka menghimpit dan cuba menenggelamkan identiti orang Melayu. Mungkin kerana logo UMNO itu bertulisan jawi, sebab itulah agaknya DAP benci benar pada UMNO. Apakah orang Melayu dalam PKR hendak bersekongkol sama dengan tindakan DAP ini? Atau ingin mengikut jejak Dr Mujahid Yusof Rawa membantah tindakan DAP ini.

Check Also

PPBM Hanya Menunggu Masa Untuk Rebah

Seorang rakan sempat berkomunikasi agak panjang dengan Umi Hafilda Ali berhubung situasi politik semasa. Hasil ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *