Saturday , December 16 2017

NAD ZAINAL AKUI SILAP ‘POST’ GAMBAR RAKAN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nad Zainal mengakui kesilapan memuat naik gambar berlaga pipi bersama rakan lamanya dan berkata beliau sudah belajar daripada kesilapan itu.

Sehubungan itu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 25, berkata, beliau memilih untuk memadam gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram kerana tidak mahu isu itu berpanjangan.

“Saya tidak menyangka gambar itu mengundang persepsi negatif banyak pihak dan berasa bersalah apabila banyak pihak mengutuk fizikal rakannya itu.

“Saya mengakui kesilapan saya dan memilih untuk memadam gambar itu. Kadang kala saya lupa sudah bergelar artis dan tidak boleh sewenang-wenangnya ‘upload’ gambar.

“Apabila sudah menyentuh fizikal dan sebagainya, saya rasa tidak adil untuk dia. Saya dah lali dengan kutukan sebegitu tetapi apabila orang tak kenal dia jadi kenapa kutuk dia begitu?

“Kami sudah berkawan lama tetapi baru kini rapat semula. Dia adalah ‘senior’ saya ketika belajar di ASWARA dulu.

Malah, Sherry Alhadad turut mengenali dia kerana kami satu ‘gang’,” katanya.

Nad ketika ditemui di majlis sidang media Santai Lebaran Fiesta 2015 di Istana Budaya semalam turut melahirkan rasa teruja dapat berniaga sambil beramal.

“Saya teruja juga kerana buat pertama kalinya saya nak berniaga. Kalau boleh saya akan berada di tapak perniagaan setiap hari sepanjang tempoh yang ditetapkan.

“Antara produk yang bakal dijual oleh saya adalah sambal ikan bilis kering, tudung dan baju kurung kapas,” katanya.

Acara jualan dan aktiviti seni itu bakal berlangsung di Laman Sari, Istana Budaya dari 25 Jun hingga 16 Julai depan.

nad zainal

Check Also

COSBY BERI DADAH UNTUK DAPATKAN SEKS

LOS ANGELES: Dalam dokumen mahkamah pengakuannya pada 2005, pelawak Bill Cosby mengaku memiliki dadah jenis ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *