Tuesday , October 17 2017

MR OS MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon Mohd. Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali Mr. Os telah meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara ini telah disahkan oleh anak perempuan arwah, Husna Yusof di laman sosial Facebook miliknya kira-kira 30 minit lalu.

“Abah saya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak, jenazah akan di bawa pulang ke Gombak,” tulis catatan laman sosial itu.

Sebelum ini arwah pernah menjalani pembedahan tonsil.

Sama-sama kita sedekahkan (hadiahkan) Al-Fatihah buat Allahyarham.

Check Also

NAD ZAINAL AKUI SILAP ‘POST’ GAMBAR RAKAN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nad Zainal mengakui kesilapan memuat naik gambar berlaga pipi bersama rakan lamanya ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *