Saturday , December 16 2017

Malaysia Patut Contohi Indonesia Dalam Kes Penghinaan Islam

Boleh dikatakan, perhatian seluruh rakyat Indonesia kini terarah kepada perbicaraan yang melibatkan Gabenor Jakarta, Basuki Thahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok yang didakwa telah menghina kesucian kitab Suci Al Quran semasa kempennya tidak lama dahulu.

Penghinaan yang dilakukan Ahok ini telah membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Indonesia di mana tunjuk perasaan dilakukan bukan hanya di Jakarta, malah di Medan, Palembang dan beberapa lagi daerah di Indonesia. Hasilnya, Ahok kini terpaksa berhadapan dengan siri perbicaraan panjang yang memungkinkan beliau hilang kelayakannya sebagai Gabenor di Jakarta.

download-17

Melihat kepada senario yang telah melanda Ahok ini, timbul persoalan, kenapa tidak Malaysia melaksanakan cara yang sama seperti yang berlaku di Indonesia? Benar, Indonesia merupakan sebuah negara yang paling ramai penganut agama Islam di dunia. Namun begitu, Malaysia juga mempunyai lebih 60 peratus penganut agama Islam dan seharusnya institusi agama ini diperkasakan.

Disinilah letaknya kepentingan memperkasakan Rang Undang-Undang Syariah atau dalam bahasa yang diketahui ramai, RUU 355. Malaysia wajar memperkasakan sistem perundangan syariah ini agar agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini tidak sewenang-wenangnya diperkotak katikkan oleh mereka yang gemar menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

Lihat sahaja Ahok, walaupun beliau adalah rakan rapat Presiden Indonesia, Joko Widodo, namun itu bukan alasan untuk undang-undang negara berkenaan mengenepikan sebarang pertuduhan terhadap Ahok. Beliau wajib menjalani perbicaraan di mahkamah Indonesia dengan apa yang telah dilakukan olehnya.

Inilah yang wajar dicontohi oleh Malaysia selaku salah sebuah negara yang meletakkan Islam di tahap tertinggi. Lihat sahaja bagaimana terdapat individu-individu yang kerap mempermain dan mempersendakan agama Islam termasuklah pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang di Malaysia. Sewajarnya, mereka menerima nasib yang sama seperti Ahok walaupun mereka sudah meminta maaf secara terbuka.

images-9

Sudah menjadi kewajiban buat umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan menyokong penuh pemerkasaan RUU 355 ini supaya ia mampu menjaga dan memartabatkan Islam di negara ini. Begitupun, adalah amat dikesali dengan sikap Ahli Parlimen pembangkang yang beragama Islam di kad pengenalannya namun bertindak menentang pemerkasaan RUU 355 ini.

Agama adalah ditahap paling tinggi bagi seseorang manusia dan politik hanyalah sekadar idealogi. Ambillah iktibar dengan apa yang menimpa Gebenor berketurunan Cina di Indonesia ini. Usah nanti agama Islam hanya pada sekadar lambang di kad pengenalan namun pengisiannya semakin lama semakin hanyut dengan arus permodenan.

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *