Tuesday , October 17 2017

Malaysia Dan Korea Utara Tidak Mungkin Berperang

TIADA siapa sangka, kes pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu telah membawa kepada hubungan diplomatik yang tegang, semuanya gara-gara kebiadapan Korea Utara yang membuat tuduhan melulu ke atas Malaysia.

Ia membawa kepada pengusiran Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol hinggalah kepada larangan 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara berkenaan. Keadaan ini membawa kepada pelbagai andaian daripada masyarakat termasuk kononnya Malaysia akan berperang dengan Korea Utara.

Walaupun situasi ini nampak begitu cemas dan merbahaya, namun rakyat harus yakin bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai berpengalaman dalam menguruskan situasi cemas sebegini, khususnya pada zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

Kita telah menjadi juara dalam banyak perkara dan berjaya menyelesaikan dengan baik.

Kita pernah mengendalikan beberapa isu antarabangsa termasuk kehilangan secara misteri pesawat MH370, pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan menjadi pengantara rundingan damai Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sekali gus mengakhiri konflik lebih 40 tahun di negara itu.

Selain itu, perjuangan Malaysia bagi membantu rakyat Palestin juga diiktiraf apabila resolusi menentang penempatan haram Israel di bumi Palestin diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Disember 2016.

Banyak lagi isu lain yang dimainkan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa termasuk memperjuangkan nasib Rohingya di Myanmar. Semuanya melalui urusan diplomatik kerana Malaysia tidak berhasrat mencari gaduh dengan mana-mana negara pun.

Justeru, apa yang perlu dilakukan ialah rakyat tidak seharusnya berasa cemas dalam situasi yang sedang kita alami sekarang ini kerana kerajaan sedang berusaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Korea Utara.Cuma sebagai rakyat yang bertanggungjawab, janganlah kita pula menyebarkan berita tidak benar mengenai perkara berkenaan kerana ia boleh menjejaskan usaha kerajaan.

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *