Tuesday , October 17 2017

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 Ahad lalu sebagai petunjuk kononnya penyokong kerajaan akan merusuh sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Beliau juga mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin mencetuskan rusuhan supaya darurat boleh diisytiharkan. Mahathir berkata demikian dalam video yang dimuatnaik di Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam tadi.

Tuduhan melulu yang dibuat Mahathir. Ini hanya “mind setting propaganda” yang cuba dilakukan oleh Mahathir. Menuduh orang lain sedangkan yang mahu untuk buat perkara itu mungkin pihaknya sendiri. Imaginasi semata mata. Mahathir cuba menyamakan insiden kerusi dan selipar terbang pada Nothing To Hide 2.0 dengan PRU nanti untuk menyatakan keganasan akan berlaku jika PH menang.

Sedangkan jika dilihat video rakaman pada forum Nothing To Hide 2.0 itu, ketara menunjukkan pembangkang yang memulakan provokasi tersebut.

Dalam satu pendedahan di Fan Page Wa Sengat Lu, jelas menunjukkan budak Mukhriz terlibat mencetuskan huru hara itu. Wan Mohamad Ashraf Nasjaruddin, Ahli PPBM Shah Alam yang dilihat berada kekecohan tersebut. Patutlah masa kecoh kecoh tersebut, Mukhriz boleh tersengih sahaja. Rupanya sengih ada makna.

Kemudian Mukhriz dan Mahathir gunakanlah taktik menuduh orang lain. Itu sebenarnya taktik lama dan “old school” Mahathir. Dulu Mahathir menuduh pembangkang akan hanya menghura-harakan negara jika menang PRU. Kini bila Mahathir masuk pembangkang, taktik berkenaan diulang semula olehnya.

Pada satu jamuan makan malam peniaga Cina bersama Mahathir pada 24 April 2013 diĀ  Kinta Riverfront, Ipoh, Perak, Mahathir pernah melontarkan pandangan bahawa negara akan menjadi huru hara sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum kali ini (Pru-13).

Ini berdasarkan pertelagahan dan percakaran sesama mereka tentang hudud, pembahagian kerusi dan pemilihan siapa yang layak memimpin mereka selepas mereka menang. Beliau juga pernah menulis dalam blognya, Chedet pada 25 Mei 2012. Ia berbunyi seperti berikut:

“Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State.

“Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak menjadi kenyataan” kata Mahathir.

Jika pada PRU-13, Mahathir pernah menyatakan bahawa pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi pilihan raya itu berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka, maka mungkin kita boleh menjangkakan taktik yang sama akan digunakan oleh Pengerusi PH itu pada PRU14.

Bukan sahaja Mahathir boleh membuat ramalan tindakan tanduk Najib, malah kita juga boleh membuat ramalan akan tindakan tanduk beliau. Semasa PRU13, ada dua demonstrasi Bersih 2 dan Bersih 3 serta satu demo Lynas. Demonstrasi Bersih 3 yang paling ganas. Ramai yang lihat sendiri bagaimana pihak pembangkang mengganas.

Semasa PRU13, mereka buat “cerita Bangla” dan selepas keputusan PRU13, mereka buat “cerita Blackout”. Bermakna 3B, Bersih, Bangla dan Blackout. Kali ini pembangkang ramal huru hara yang sama juga pada PRU14, padahal yang buat huru haranya pada PRU yang lepas adalah mereka sendiri.

Mungkin demo besar-besaran akan digunakan sebagai strategi menjelang PRU-14 ini dan salah satu adalah himpunan yang akan dianjurkan pada bulan Oktober ini di Petaling Jaya. Jadi siapa yang cuba menghuru-harakan negara? Kenapa tidak gunakan sahaja jalan demokrasi untuk memilih pemimpin? Mahathir sebenarnya tidak percaya lagi cara demokrasi, dia sekarang sudah percaya pada cara reformasi.

Rakyat kena bijaklah, jangan sokong buta tuli macam Orked itu. Buat apa hendak taksub lagi pada orang yang kejar kuasa demi anak sendiri dan kroni.

Check Also

Video Sahkan Kerusi Dibaling Pada Orang Yang Tanya Soalan

Pengerusi PPBM, Mahathir masih lagi cuba menegakkan benang yang basah apabila mengulangi tuduhan bahawa kekecohan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *