Tuesday , October 17 2017

MAJIKAN BERDEGIL TERUS DIBURU

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus memburu majikan yang masih berdegil menggaji PATI. Terbaharu JIM melakukan operasi di sebuah kawasan pembinaan berhampiran pasaraya TESCO di Nilai, Negeri Sembilan.

Operasi yang bermula kira-kira jam 5:00 petang dengan kekuatan lebih kurang 150 anggota penguatkuasa JIM dan pelbagai agensi lain berjaya menahan seramai 306 PATI dari pelbagai negara menjadikan jumlah terkini tangkapan adalah 2,632 orang.

Semenjak 01 Julai 2017, sebanyak 387 premis diperiksa dan seramai 8,173 Pekerja Asing dari pelbagai sektor telah diperiksa oleh JIM.

Tindakan JIM melancarkan operasi besar-besaran memburu majikan yang masih berdegil menggaji PATI dipuji oleh nitizen. Ini adalah kerana kebimbangan yang dirasai oleh warga tempatan akibat dari lambakan PATI yang masih ramai berada di dalam negara.

JIM akan terus melancarkan operasi dari semasa ke semasa untuk memburu PATI yang ada. PATI haruslah mengambil peluang yang ada untuk pulang ke negara asal melalui Program Pulang Secara Sukarela sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa (JIM).

Majikan juga dingatkan agar tidak menggaji PATI supaya yidak dikenakan tindakan. JIM tidak akan berkrompomi dengan mana-mana majikan atau individu yang masih berdegil.

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *