Tuesday , October 17 2017

KILANG MENGGAJI PATI DI SERBU

SHAH ALAM: Bertindak atas aduan awam dan risikan seminggu lepas, sepasukan Pegawai Penguatkuasa Imigresen Jabatan Imigresen (JIM) Selangor telah mengadakan Ops Ikrar di tiga buah kilang di Pulau Indah pada yang turut disertai oleh anggota JIM KLiA dan Operasi bermula dari 3:00 petang sehingga 8:00 malam.

Dalam pemeriksaan ke atas ketiga-tiga premis tersebut, seramai 208 orang warga asing telah diperiksa dan hasilnya 49 orang PATI ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesalahan-kesalahan termasuklah warga asing ini tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas.

Semasa pemeriksaan dilakukan, kesemua warga asing sedang bekerja di dalam kilang yang merupakan kilang pembuatan roti dan kilang pemprosesan tepung. Kesemua mereka telah diminta berhenti bekerja dan dikumpulkan untuk diperiksa.

Seorang lelaki warganegara tempatan wakil majikan juga telah ditahan dan dibawa ke pejabat Penguatkuasa Shah Alam untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan.

Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang operasi dijalankan.

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *