Saturday , December 16 2017

Inilah Petanda Kemiskinan Orang Malaysia Di Bawah Najib Hari Ini

Acapkali kita mendengar penderitaan dan kesusahan rakyat yang dizahirkan menerusi media-media sosial hari ini. Ada sahaja kesusahan yang mereka luahkan menerusi media sosial mahupun cakap-cakap kosong di kedai-kedai kopi. Kata mereka, kerajaan hari ini menyusahkan rakyat, hidup terbeban, harga barangan mahal dan macam-macam lagi.

Namun begitu, baru-baru ini telah berlaku satu fenomena di mana kesusahan rakyat akhirnya terzahir menerusi betapa berebutnya kaum hawa di Malaysia untuk mendapatkan sehelai tudung jenama Duckscraves yang dijual secara online. Mungkin tudung berkenaan menarik untuk di beli namun usah terkejut andai anda melihat harganya.

images (13)

Jenama tudung Duckscarves yang dihasilkan dan dijual oleh Vivy Yusof bertema Kuala Lumpur yang merupakan edisi terhad ini berharga RM 800 sehelai tetapi telah habis dalam masa lima minit di outlet tudung tersebut yang terletak di Pavilion. Hebat bukan?

Beberapa orang netizen menceritakan bahawa tudung itu sepatutnya dikeluarkan untuk jualan pada pukul 10.00 pagi ini tetapi ia telah habis dijual sebelum dibuka kerana ada yang telah menunggu di hadapan kedai tersebut seawal jam 1.00 pagi untuk mendapatkan tudung edisi terhad itu. Mereka yang datang awal mula menulis nama untuk memesan tudung tersebut seawal jam 7.00 pagi mengikut giliran.

Ini menimbulkan reaksi ramai di Twitter. Ada yang menganggap ia terlalu mahal dan tidak faham kenapa sesetengah peminat tudung tersebut sanggup berjaga pada pukul 1.00 pagi untuk membelinya. Peminat tudung Fareeda yang pernah popular satu ketika dulu pun kalah.

Apa yang anda perlu tahu, Duckscarves ialah tudung berkualiti premium dan harga itu boleh dijustifikasikan kerana tudung edisi terhad Kuala Lumpur berwarna jambu pudar atau dusty pink itu bertatahkan 200 butir batu kristal Swarovski.

37.01

Tidak kurang juga, ada yang mengibaratkan jenama Duckscarves seperti barangan keluaran jenama mewah Hermes. Sebenarnya, betullah kerana ia adalah jenama tudung premium yang menggunakan fabrik berkualiti dan dihiasi pula dengan kristal Swarovski sebanyak 200 butir. Warnanya cantik dan rekaannya unik. Untuk itu, hanya sebilangan saja yang berminat dan mampu membelinya.

Untuk mereka yang terlepas peluang membelinya, ia akan dijual untuk fasa kedua pada tarikh yang bakal diberitahu oleh Instagram The Duck Group.

Inilah bukti betapa sengsaranya rakyat Malaysia hari ini. Sehelai tudung yang berharga RM 800 pun masih ramai yang berebut membelinya namun apabila melibatkan barang keperluan persekolahan anak atau perbelanjaan harian, kesemua jari akan ditunding kepada kerajaan. Menderitakan rakyat Malaysia hari ini?

Mungkin juga dengan pemilikan tudung ini, mereka bakal terlepas api neraka kerana harga yang ditawarkan, nyata cukup luar biasa. Mungkin ada jaminan bahawa rambut wanita yang mengenakan tudung ini tidak akan terkeluar walau sehelaipun seperti yang di syariatkan oleh Islam.

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *