Saturday , December 16 2017
Wu Nina Grace dipeluk pengunjung selepas mengucap dua kalimah syahadah.

GADIS KRISTIAN MEMELUK ISLAM SEWAKTU CERAMAH DR ZAKIR NAIK

CHUKAI: Penceramah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik berjaya mengislamkan seorang gadis Kristian berusia 19 tahun yang mengikuti syarahannya di Padang Astaka di sini.

Remaja yang dikenali sebagai Wu Nina Grace dari Johor keturunan Filipina adalah seorang penuntut di sebuah kolej tempatan di sini.

Nina dengan rela hati bersetuju mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuashati mendengar penjelasan Dr Zakir mengenai konsep ketuhanan dan kenabian Muhammad.

Gadis itu mengucap syahadah di hadapan lebih 30,000 hadirin dan kelihatan sedikit sebak. Nina yang ditemui berkata dia mula mengenali Islam sejak berusia 13 tahun. Katanya, di waktu lapangnya dia selalu membaca mengamalkan surah al Fatihah, tiga Qul dan ayat Kursi.

Check Also

MENJAGA RAHSIA RUMAHTANGGA

Rumahtangga perlu dibina berasaskan kepada nilai-nilai murni yang cukup sempurna kerana rumahtangga yang sempurna dan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *