Tuesday , October 17 2017

Exco Pulau Pinang Pelindung Kilang Haram

Selama dua penggal, DAP merobohkan 26 kampung orang Melayu dan banyak gerai orang Melayu yang didakwa mereka sebagai haram. Namun selama dua penggal juga DAP memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan melindungi kilang-kilang haram di negeri itu.

Terdapat kira kira 200 kilang haram dan tidak ada satu pun yang dirobohkan selama 10 tahun iaitu sama jangka hayat DAP memerintah negeri di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Perkara itu sudah terbongkar apabila Exco Pulau Pinang dari DAP, Phee Boon Poh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan melindungi kilang haram di negeri itu.

Siasatan turut melibatkan sebuah kilang penapis karbon haram di Bukit Mertajam. Ada dakwaan, kilang berkenaan sudah mengeluarkan asap berbahaya sejak 10 tahun lepas tanpa ada satu tindakan pun diambil oleh pihak berkuasa di negeri itu. Boon Poh ditangkap anggota SPRM ketika memberi kenyataan di pejabat agensi pencegahan rasuah itu.

Dikatakan Exco DAP berkenaan ada menyerahkan surat kepada kerajaan negeri supaya kilang berkenaan tidak dirobohkan padahal ia sudah lama beroperasi secara tidak sah. Surat itu menunjukkan campur tangan rasmi kerajaan DAP lindungi kilang haram.

Kalau hal kampung Melayu atau gerai tepi jalan, kerajaan DAP paling ‘juara’ dalam merobohkan dan melenyapkannya dengan bermacam-macam sebab.

Kerja merobohkan gerai-gerai khususnya gerai orang Melayu juga banyak merata-rata di Pulau Pinang. Cari sahaja dalam Google sudah pasti akan menemui video penguatkuasa Pulau Pinang merobohkan gerai-gerai orang Melayu. Malah, hanya di Penang sahaja, ada peniaga gerai sanggup curi lori penguatkuasa dan maki Guan Eng secara terbuka dalam Facebook.

Dalam isu kilang haram ini, Pengarah Jabatan Kesihatan, Datuk Dr M Sukumar mengesahkan 11 daripada 500 orang penduduk di Sungai Lembu menderita akibat kanser. Sejumlah 2,200 orang penduduk di sekitar kilang haram itu hadapi kanser. Maknya setiap tahun, ada 220 tahun hidap kanser.

Ini menunjukkan kadar barah di kawasan kilang haram itu, 2,342 peratus lebih tinggi dari purata kanser peringkat kebangsaan. Menurut laporan Institut Kanser Kebangsaan, kadar kanser peringkat nasional adalah sebanyak 86.9 peratus dan 89 peratus bagi setiap 100,000 penduduk lelaki dan perempuan.

Kanser boleh adalah penyakit yang boleh membawa maut, tetapi DAP sanggup lindungi kilang haram dan biarkan rakyat kena kanser. Exco Alam Sekitar jadi dalang pula lindungi kilang yang akibatkan kanser ini daripada ditutup.

Sejak DAP menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan PRU13, sampai sekaranglah kilang ini dilindungi oleh kerajaan DAP melalui Boon Poh. Takkan Guan Eng tidak tahu menahu berkenaan perkara itu?. Menurut beliau, dia sendiri tidak tahu perkara ini berlaku. Ini hanya lakonan Guan Eng semata mata.

Sebagai Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Boon Poh mesti tahu statistik kanser akibat kilang haram berkenaan. Kalau terus melindungi kilang haram itu, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena disebaliknya. Oleh kerana itulah, Boon Poh ditahan oleh SPRM kerana disyaki terlibat dengan unsur rasuah lindungi kilang haram.

Bila Boon Poh dipakaikan baju lokap SPRM, Guan Eng mulai gelisah. Khabarnya Guan Eng takut dipakaikan baju lokap yang sama pada 14  November ini. Kalau yakin tidak bersalah kenapa tidak mahu cepatkan tarikh?

Bermakna Guan Eng tahu dia akan kena pakai baju oren selepas ini. Penangkapan Boon Poh baru permulaan, banyak lagi skandal akan terdedah lepas ini. Rakyat Pulau Pinang kena tolak kerajaan DAP yang amalkan rasuah ini.

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *