Tuesday , October 17 2017
Dalam gambar pada November 2014 ini, Bill Cosby terdiam sekejap ketika satu sidang media. Pelakon komedi itu mengaku dalam pengakuannya pada 2005 mendapatkan dadah untuk diberi kepada wanita untuk melakukan seks dengan mereka.

COSBY BERI DADAH UNTUK DAPATKAN SEKS

LOS ANGELES: Dalam dokumen mahkamah pengakuannya pada 2005, pelawak Bill Cosby mengaku memiliki dadah jenis Quaaludes dengan niat untuk memberi dadah pelali itu kepada wanita muda bagi membolehkannya melakukan seks dengan mereka.

Cosby, 77, membuat pengakuan itu ketika memberi keterangan dalam kes saman sivil oleh bekas pekerja Universiti Temple, Andrea Constand, yang mendakwa Cosby memperdayakannya mengambil dadah itu dan kemudian melakukan serangan seksual terhadapnya.

Kes itu diselesaikan pada 2006 dengan bayaran yang tidak dinyatakan. Associated Press membuat permohonan mendapatkan dokumen kes berkenaan yang diberi mahkamah semalam.

Barisan peguam Cosby berhujah dokumen itu boleh memalukan pelakon komedi itu yang terkenal dengan watak bapa penyayang Dr Cliff Huxtable melalui siri televisyen ‘The Cosby Show’ pada the 1980-an dan 1990-an.

Lebih 40 wanita tampil mendakwa Cosby memberi dadah dan melakukan serangan seksual terhadap mereka tetapi peguam pelakon itu menafikan dakwaan terbabit.

Cosby tidak pernah didakwa tetapi kehidupannya sebagai pelakon terjejas dengan projek televisyen serta pertunjukan dibatalkan. Dia juga meletak jawatan dalam lembaga pemegang amanah Universiti Temple.

Cosby mengaku memiliki tujuh pil Quaaludes pada 1970-an – dadah digunakan sebagai penenang dan melegakan otot – yang disalah guna sebagai dadah rekreasi pada 1970-an.

“Apabila anda mendapat Quaaludes itu, adakah anda berniat memberikannya kepada wanita muda yang anda mahu melakukan seks dengan mereka?” kata soalan kepada Cosby dalam dokumen itu ketika dia memberi keterangan pada 2005.

“Ya,” dia menjawab.

Apabila ditanya adakah pernah memberi dadah itu kepada wanita, peguamnya membuat bantahan tetapi Cosby kemudian mengaku memberi satu biji setengah pil dadah Benadryl yang diperolehinya tanpa priskripsi doktor kepada Constand.

Dalam temuramah dengan stesen televisyen ABC Mei lalu, Cosby menyatakan dia enggan bercakap mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh memperkatakannya. Saya tidak mahu berbalah. Saya tidak bercakap mengenainya,” katanya. – AP

Petikan dokumen keterangan Bill Cosby kepada mahkmah pada 2005 yang dikeluarkan semalam kepada Associated Press (AP) oleh Mahkamah Daerah Timur Pennsylvania, Philadelphia.
Petikan dokumen keterangan Bill Cosby kepada mahkmah pada 2005 yang dikeluarkan semalam kepada Associated Press (AP) oleh Mahkamah Daerah Timur Pennsylvania, Philadelphia.

Check Also

NAD ZAINAL AKUI SILAP ‘POST’ GAMBAR RAKAN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nad Zainal mengakui kesilapan memuat naik gambar berlaga pipi bersama rakan lamanya ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *