Tuesday , October 17 2017

BR1M DI MATA DUNIA

Tahukah anda bahawa bantuan seumpama BR1M bukanlah hanya di Malaysia sahaja. Ikutilah info-info dibawah ini:

01: MESKIPUN pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan untuk golongan sasar dikecam dan difitnah sebagai rasuah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 25 Disember lepas, namun ia sebenarnya menjadi ikutan negara luar.

02: Jokowi memperkenalkan Kad dikenali sebagai Kartu Keluarga Sejahtera dan Kartu Indonesia Sehat yang secara amnya menyerupai konsep Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada Januari 2014.

03: Selepas negara Indonesia melaksanakannya, kerajaan Thailand pula meniru kaedah yang dilakukan oleh Malaysia ini pada 10 Disember 2016 baru baru ini di mana 7 juta rakyat Thailand yang dikategorikan sebagai miskin tegar telah menerima pemberian wang tunai daripada kerajaan negara itu bernilai antara RM186 hingga RM434, mulai awal bulan ini.

04: Terbaru, Bloomberg melaporkan pada 21 Disember 2016, Arab Saudi pula bakal melaksanakan pemberian subsidi tunai, bagi membantu rakyatnya yang terjejas susulan langkah negara itu untuk menaikkan harga bahan api.

05: Pengumuman mengenai kenaikan harga gas dan diesel itu dijangka akan dilakukan sebelum tahun baru, justeru mana-mana keluarga di Arab Saudi yang terjejas dengan kenaikan berkenaan boleh mendaftar untuk mendapatkan wang tunai seperti BR1M mulai 1 Februari tahun depan.

06: Ternyata kaedah yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini memainkan peranan yang besar dalam ekonomi dan jika benar ia hanya menyebabkan rakyat menjadi malas, seperti yang didakwa oleh Dr. Mahathir, maka kenapa negara luar mengikut kaedah ini?

07: Ia sebenarnya telah diperakukan di peringkat antarabangsa sebagai kaedah terbaik bagi membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi.

08: Jika BR1M tidak berkesan seperti yang didakwa Dr. Mahathir, masakan sekumpulan 35 tokoh ekonomi terkemuka di Britain mencadangkan kepada Bank Pusat negara itu supaya melaksanakan pemberian bantuan tunai bagi mengatasi kelembapan ekonomi berbanding melaksanakan pemotongan kadar faedah.

09: Kumpulan 35 pakar ekonomi itu termasuk Lord Robert Skidelsky dan Herman Daly mencadangkan supaya Bank Pusat dibenarkan menjana dana untuk projek-projek infrastruktur utama dan sebagai alternatif, kumpulan tokoh berkenaan memberitahu bahawa Bank Pusat boleh memberi potongan cukai atau pun pembayaran tunai kepada isi rumah.

10: Pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah bukanlah satu konsep asing sebaliknya ia telah diamalkan di banyak negara seluruh dunia.

11: Bantuan kewangan yang mensasar ini telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai salah satu kaedah utama jaringan keselamatan sosial untuk rakyat.

12: Malah bagi kebanyakan negara maju, bantuan seperti itu menjadi sebahagian daripada sistem perlindungan sosial yang mantap.

13: Misalnya, program bantuan Food Stamps di Amerika Syarikat (AS) dan Social Fund di United Kingdom adalah contoh kejayaan program pemindahan wang tunai kerajaan untuk membantu kehidupan golongan yang kurang berkemampuan.

Apa yang pasti, Malaysia bukan negara terakhir yang yang melakukan inisiatif BR1M ini.

Sumber: KLXPRESS

Check Also

10 FAKTOR GAGALNYA PERNIAGAAN

Banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar hanya beberapa tahun selepas dimulakan. Lebih buruk, ada perniagaan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *