Tuesday , October 17 2017
Lebih 400 ekor ikan paus terdampar di pantai New Zealand hari ini, dengan ratusan daripadanya mati.

BERATUS PAUS TERDAMPAR DI PANTAI NEW ZEALAND

WELLINGTON: Lebih 400 ekor ikan paus terdampar di pantai New Zealand hari ini, dengan ratusan daripadanya mati tatkala sukarelawan cuba untuk mengapungkan mamalia yang masih hidup, kata Jabatan Konservasi.

Jurucakap jabatan itu, Andrew Lamason berkata ia adalah kejadian terbesar pernah dicatatkan di New Zealand, di mana paus mati terdampar di pantai dianggap perkara biasa. Lamason berkata, 416 ekor paus jenis pilot dihanyutkan ke pantai di Farewell Spit, wilayah teluk Golden Bay di utara Pulau Selatan, pada malam tadi.

Katanya, 70 peratus daripada jumlah itu didapati sudah mati dan usaha sedang dilakukan untuk menarik baki yang masih hidup ke dalam laut ketika air pasang, walaupun harapan tampak tipis.

“Dengan jumlah yang sudah mati itu, anda boleh membuat kesimpulan bahawa yang lain juga berada dalam keadaan yang teruk,” katanya kepada Radio New Zealand.

“Jadi kami sudah bersedia untuk berdepan tempoh yang menyedihkan selepas ini.”

Paus jenis pilot boleh membesar sehingga enam meter panjang dan menjadi spesies paus yang lazim dilihat di perairan New Zealand.

Farewell Spit yag terletak kira-kira 150 kilometer di barat pekan pelancongan Nelson, pernah menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan kejadian paus mati terdampar dalam jumlah yang besar sejak sedekad lalu, walaupun kejadian kali ini dipercayai paling buruk.

Lamason berkata, sebab mengapa ikan paus mati terdampar di pantai tidak diketahui tetapi dia percaya ia ada kaitan dengan geografi tempatan.

“Jika anda sedang merekabentuk sesuatu untuk menangkap paus, teluk Golden Bay ini mungkin mempunyai reka bentuk yang sempurna.

“Di luar pesisir Farewell Spit, terdapat dasar pasir yang luas, teluk ini sangat cetek dan apabila paus berenang masuk, …sukar baginya untuk mencari jalan keluar.” – AFP

Check Also

TRUMP SETUJU HORMATI DASAR ‘SATU CHINA’

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju untuk menghormati dasar ‘Satu China’ melalui perbualan telefon ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *