Saturday , December 16 2017

Apabila Nakhoda Meninggalkan Kapalnya Yang Semakin Karam

Disaat Liga Malaysia semakin hampir untuk membuka tirainya, 3 buah pasukan, Perlis, Selangor dan Kelantan masih terkial-kial mahu menyelesaikan masalah kekurangan dana yang mereka hadapi bagi mengharungi musim bola sepak pada tahun ini. Saban hari, kita akan melihat berita-berita yang memamparkan perjalanan pasukan-pasukan ini untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sehingga artikel ini ditulis, Perlis dilihat semakin hampir untuk menyelesaikan masalah mereka dengan sudah ada pihak berjanji untuk membantu melicinkan perjalanan pasukan ini. Kelantan juga dilihat sudah boleh menghela nafas lega apabila separuh daripada apa yang mereka perlukan kini semakin hampir untuk diselesaikan. Cuma apa yang dinanti adalah komitmen kerajaan negeri untuk membantu perjalanan KAFA.

images-2

Kini, hanya tinggal pasukan Selangor sahaja yang masih samar samada mampu atau tidak meneruskan aksi pada liga yang akan datang. Baru-baru ini, Presiden FAS, Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan perletakkan jawatannya selaku Presiden berkuat kuasa serta merta. Namun begitu, sehingga hari ini, Azmin masih belum menghantar surat rasmi berhubung perkara ini.

Apa yang menarik untuk diperkatakan adalah, bagaimana Azmin bertindak zalim meninggalkan sebuah pasukan yang benar-benar memerlukan penglibatan Presidennya. Manakan tidak, Selangor dilihat sebagai sebuah pasukan gergasi bola sepak tanahair namun masa hadapan pasukan ini boleh disifatkan sebagai semakin kelam dan mungkin akan hilang dari radar bola sepak negara.

Ada benar juga seperti yang diperkatakan Azmin, ketika liga bolasepak negara sudah memasuki era profesional, kenapa pasukan negeri harus merayu kepada kerajaan negeri untuk meminta bantuan bagi melicinkan urusan pentadbiran FAS?

Sebenarnya, Azmin mungkin sengaja menidakkan satu fakta di mana penswastaan liga Malaysia baru pertama kali di jalankan secara menyeluruh. Untuk melihat keberkesanan penswastaan ini, Azmin harus rasional mengenainya. Jarang kita mendengar penswastaan ini mampu di gerakkan hanya dalam jangka masa setahun.

images-3

Tindakan FAS yang meminta pertolongan kerajaan negeri sebenarnya mempunyai rasionalnya yang tersendiri. Jika benar Azmin enggan menghulurkan RM 15 juta seperti yang diminta oleh FAS daripada kantung kerajaan negeri sebanyak RM 3.2 bilion, mungkin Azmin boleh jadi perantara kepada FAS dan kebanyakan syarikat besar di Selangor untuk menaja pasukan berkenaan, bukan bertindak meninggalkan FAS.

Sebagai Menteri Besar dan Presiden FAS, beliau mungkin boleh mengadakan rundingan dua hala antara FAS dan beberapa syarikat besar bagi membolehkan FAS menjadis ebuah entiti yang bebas dari meminta-minta kepada kerajaan PKR negeri ini.

Namun apa yang berlaku, Azmin bertindak pengecut meninggalkan sebuah entiti negeri yang diketuai olehnya. Adakah ini langkah bijak sebagai seorang Presiden dengan meninggalkan FAS untuk menguruskan keperluan sendiri sedangkan masih banyak cara yang boleh dilakukan Azmin bagi membantu FAS?

Hari ini nasib FAS masih samar dan masih tiada lagi jalan penyelesaian konkrit bagi membantu Selangor mencapai sasaran mereka memperolehi RM 15 juta untuk semusim. Dengan ketiadaan Azmin dan pengurus pasukan, tidak sukar untuk menjangkakan, pasukan Selangor berkemungkinan besar bakal meninggalkan Liga Malaysia pada musim ini. Lagipun Azmin sendiri bukan anak jati Selangor, sudah pasti ia bukan satu perkara yang memelikkan.

Check Also

Malaysia Akan Hilang Kestabilan Sekiranya Pakatan Harapan Memerintah

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad telah menjadikan kejadian kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *