Tuesday , October 17 2017

APA ITU BR1M DAN MENGAPA BR1M DIBUAT OLEH PENTADBIRAN NAJIB RAZAK?

1. Tun M mempertikaikan keperluan kerajaan untuk memberikan BR1M dan beliau mendesak agar kerajaan hentikan BR1M dan beliau gambarkan BR1M adalah satu rasuah politik.

2. BR1M adalah sebenarnya satu formula ekonomi untuk menstabilkan tekanan inflasi, BR1M ialah salah satu stimulasi pakej ekonomi, atau pakej rangsangan ekonomi.

Tekanan ekonomi global dan kelembapan ekonomi dunia telah mempengaruhi kestabilan ekonomi Malaysia, dan akibatnya tekanan inflasi semakin kuat dan ekonomi agak tidak stabil.

Harus dingatkan, kekuatan sesebuah ekonomi bukan terletak di atas saiznya besar atau kecil, tapi kekuatan sesebuah ekonomi itu bergantung kepada kemampuan pergerakan ekonomi bergerak aktif dengan stabil.

Maknanya, sesuatu ekonomi itu harus dipastikan bergerak sentiasa dan aktif dan stabil untuk memastikan ekonomi itu sihat.

3. Pemberian BR1M kepada rakyat membolehkan rakyat mendapatkan lebihan wang untuk berbelanja, dan wang daripada BR1M yang diberikan setahun 2 kali itu mampu memastikan aktiviti ekonomi stabil bergerak.

Sektor peruncitan adalah penjana utama sesebuah ekonomi, sektor peruncitan harus dipastikan aktif agar tidak terjadi inflasi.

BR1M amat membantu sektor peruncitan kerana bantuan BR1M mampu dan boleh memastikan rakyat dapat lebihan wang untuk kegunaan asas perbelanjaan dapur setiap bulan.

Contoh: BR1M RM600

a) Penerima BR1M boleh gunakan bantuan BR1M sebanyak RM100 sebulan untuk membeli barangan asas dapur, dan faktor ini telah meringankan bebanan tanggungan asas keluarga itu untuk kegunaan dapur.

RM100 boleh digunakan untuk,
–membeli beras 10kg RM35.
–rempah ratus bawang gula garam dan lain-lain RM30.
–minyak 5kg RM 15.
–lain-lain barangan asas RM20.

b) Maknanya, selama 6 bulan, bekalan di dapur seisi rumah itu terjamin dan aktiviti sektor peruncitan bergerak aktif dan kerajaan dapat hasil cukai daripada sektor peruncitan.

c) Kesan domino daripada aktiviti peruncitan ini memberi impak positif kepada sektor-sektor pembekalan, sektor kewangan, sektor pengangkutan dan lain-lain.

4. Maka jelaslah, perencanaan pentadbiran PM Najib untuk formula penstabilan ekonomi negara amat berkesan dan menguntungkan dan meringankan beban rakyat dan menyelamatkan sektor pembekalan dan lain-lain.

BR1M bukan dilaksanakan untuk tujuan rasuah politik atau lain lain sebab.

BR1M juga bukan bertujuan untuk penerima menjoli sesuka hati tapi ianya untuk kepentingan kegunaan asas dapur seisi rumah.

5. Diwaktu pentadbiran Tun M, beliau tidak memberikan BR1M kepada rakyat kerana tidak wujud keperluan ketika itu dan setiap penyelesaian sesuatu permasalahan ekonomi adalah bergantung kepada situasi dan keadaan.

Sesuatu formula penyelesaian ekonomi tidaklah digunapakai untuk semua situasi, sesuatu penyelesaian ekonomi bergantung kepada keperluan ketika itu.

Era pentadbiran Tun M menyaksikan pelbagai formula penyelesaian ekonomi, dan Tun M menggunakan formula memberikan pelbagai insentif kepada industri bagi menjamin dan memastikan tekanan ekonomi sektor pembekalan dan lain-lain dapat distabilkan.

Bezanya antara cara penyelesaian dulu dan kini ialah, pakej stimulasi ekonomi era Tun M berikan insentif kepada sektor industri manakala di era PM Najib, insentif diberikan terus kepada pengguna.

  1. Oleh itu, BR1M adalah satu formula penyelesaian ekonomi yang amat bijak.

Terima kasih pentadbiran Najib Razak.

Oleh Tun Maharezza.
[https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1257460364304413&set=a.265670286816764.78762.100001213849444&type=3]

Check Also

Isu Gula : Inilah Fakta Yang Harus Difahami Disebalik Kenaikan 11 Sen

Bermula 1 Mac 2017, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengumumkan, berlaku sedikit ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *