Saturday , December 16 2017

10 FAKTOR GAGALNYA PERNIAGAAN

Banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar hanya beberapa tahun selepas dimulakan.

Lebih buruk, ada perniagaan yang terpaksa ditutup hanya setelah beberapa bulan beroperasi.

Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam dunia perniagaan. Di mana-mana sahaja kita akan dapat melihat situasi ini. Perniagaan yang baru beroperasi tidak sepatutnya gulung tikar dalam masa yang singkat.

10 Faktor yang sering menjadi punca kegagalan seseorang usahawan baru dalam perniagaan, adalah:

pengalaman

01: Tidak Mempunyai Pengalaman dan Kelayakan.

Tidak mustahil bagi seseorang usahawan yang tidak mempunyai sebarang pengalaman, atau kelayakan akademik dalam bidang berkaitan berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

Namun tidak mustahil juga untuk usahawan yang tiada sebarang pengalaman, atau ilmu mengalami kerugian dalam perniagaan.

Terdapat banyak kursus atau seminar yang ditawarkan kepada usahawan untuk mendapatkan ilmu perniagaan, selain dari institut-institut pengajian atau kolej yang menawarkan pendidikan secara formal.

 

Skills

02: Tidak Mempunyai Skil Dalam Pengurusan.

Kesilapan yang dilakukan ramai usahawan ketika ini ialah, mereka hanya tahu menguruskan belanjawan syarikat untuk mendapatkan stok atau produk.

Tetapi tidak mampu untuk menguruskan belanja tersebut supaya syarikat mempunyai simpanan dan wang pusingan modal yang mencukupi.

Talent bakat

03: Tidak Menggunakan Bakat Secara Maksimum.

Sesetengah usahawan adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti jurureka dalaman (interior designer) atau jurufoto.

Sebagai usahawan yang mempunyai bakat dan kepakaran tertentu, anda harus menggunakan segala bakat tersebut secara maksimum.

Ini bertujuan memastikan perniagaan yang anda jalankan mempunyai sentuhan anda sendiri, yang tentunya akan dicari oleh para pelanggan anda.

Bakat yang ada tidak harus disia-siakan.

Overtime

04: Tidak Bersedia Bekerja Lebih Masa.

Menjalankan perniagaan sendiri bukanlah seperti bekerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang.

Masa perniagaan: Menjalankan perniagaan bermakna anda harus bekerja hampir 24 jam sehari (atau mungkin lebih).

family support

05: Tidak Mendapat Sokongan Keluarga.

Kebanyakan perniagaan yang berjaya mendapat sokongan dari keluarga.

Dari segi kehidupan seorang Muslim, amat penting anda mendapatkan restu dari ibubapa sebelum memulakan sebarang perniagaan.

Maklumkan mereka kenapa dan mengapa anda menjalankan perniagaan.

Working Capital

06: Tidak Mempunyai Modal Permulaan Yang Mencukupi.

Modal permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan perniagaan semata-mata.

Ia bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut.

Modal yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi.

Namun, ia berbeza-beza mengikut jenis bidang perniagaan anda.

networking

07: Tiada Rangkaian/Jaringan Kenalan (Networking).

Dalam apa sahaja perniagaan yang diceburi, networking ialah perkara yang tidak boleh dipandang remeh.

Anda cuba bayangkan sekiranya anda langsung tiada atau tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan (networking) dengan orang lain.

Mungkin ada dikalangan jaringan hubungan anda akan menjadi pelanggan utama anda. Apa yang akan anda kehilangan?

Dalam Islam juga mengajak umatnya menjalinkan silaturrahim sesama manusia.

Hanya melalui cara ini anda dapat mengembangkan perniagaan dengan baik, dan secara halus tanpa memaksa seseorang mendapatkan produk anda.

Hardworking

08: Tidak Berusaha Keras.

Satu kerugian yang amat sangat sekiranya anda menjalankan perniagaan, tetapi anda tidak sanggup bekerja keras untuk perniagaan tersebut.

Sebagai usahawan, anda seharusnya seorang yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi supaya anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

krisis

09: Tidak Sanggup Berhadapan Krisis.

Banyak dugaan yang perlu dihadapi oleh usahawan ketika menjalankan perniagaan.

Dugaan ketika berhadapan dengan pesaing, ketika mengalami kejatuhan keuntungan dan pelbagai lagi yang mungkin anda hadapi.

Anda perlu bijak menangani sebarang krisis yang timbul dalam menjalankan perniagaan.

overlooked

10: Terlalu Fokus Kepada Produk.

Ramai usahawan sebegini. Terlalu memfokuskan pada penghasilan dan jualan produk dan meminggirkan perkara penting yang perlu difokuskan. Iaitu pemasaran dan khidmat pelanggan.

Pemasaran merupakan tonggak utama produk anda terjual, manakala khidmat pelanggan pula kunci utama supaya pelanggan yang membeli, atau mendapatkan servis anda menjadi pelanggan setia.

Sedarilah dan Tangani Faktor Ini Sekarang. Sepuluh faktor yang disebutkan ada pada setiap individu tanpa disedari.

Kadang-kala kita melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Sekiranya anda menyedari anda mempunyai sifat sebegitu, anda sudah mampu menanganinya supaya anda lebih berjaya dan menolak kegagalan dari perniagaan anda.

Semoga anda sukses selalu.

Check Also

BR1M DI MATA DUNIA

Tahukah anda bahawa bantuan seumpama BR1M bukanlah hanya di Malaysia sahaja. Ikutilah info-info dibawah ini: ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *